Sunday, December 27, 2009

Pijak perut perempuan hamil 2 bulan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membelasah isterinya dengan kejam hampir empat jam termasuk memijak perut mangsa yang sedang hamil dua bulan di rumah pasangan itu di Tasik Permaisuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, berkata pihaknya ke rumah mangsa di Tasik Permaisuri selepas mendapat laporan daripada mangsa sebelum berjaya menahan lelaki itu, kira-kira jam 10 malam, pada Ahad lalu.

Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan reman sehingga hari ini di Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita berusia 30-an terpaksa menanggung azab apabila suaminya membelasahnya dengan kejam dipercayai hanya kerana menegur lelaki itu supaya tidak menggunakan kata kesat ketika berbual dengannya.



Dalam kejadian Selasa minggu lalu itu, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Tasik Permaisuri di sini, jam 10 malam.

Lebih memeritkan apabila lelaki itu dikatakan berulang kali memijak perut isterinya biarpun dirayu supaya tidak berbuat demikian kerana sedang mengandung.

Difahamkan, pertengkaran bermula apabila wanita itu menegur suaminya supaya tidak menggunakan kata kesat ketika berbual dengannya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan.

No comments:

Post a Comment