Sunday, August 12, 2012

Bayi sihat di Hari Raya



Bayi sihat dan selesa membuatkan perjalanan balik kampung lebih lancar. - Gambar hiasan


BERTEMU ahli keluarga merupakan saat indah di Hari Raya yang pastinya membuatkan perjalanan jauh dan persiapan rapi berbaloi.



Bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin berasa cuak bagaimana mahu memastikan si manja riang dan ceria bertemu datuk, nenek, bapa dan ibu saudara di kampung.



Perkara utama sudah tentu memastikan si manja sihat dan selesa. Begitupun ia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi kulit bayi sensitif dan sekiranya terabai, masalah berkaitan kebersihan kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan.



"Untuk bayi baru lahir, kulit adalah perlindungan pertama daripada persekitaran yang tercemar dan bakteria selepas keluar daripada rahim yang selesa dan selamat.



"Kehalusan kulit bayi menjadikannya mudah terjejas akibat organisma, bahan toksin, perengsa dan alahan," kata Dr. Anna Padmavathy, Perunding Pediatrik dan Neonatologi.



Justeru, katanya, jika tidak memberi perhatian kepada kebersihan bayi, ia akan menimbulkan pelbagai masalah kulit. Yang paling kerap berlaku adalah ruam.



"Ruam lampin berlaku kerana kulit bersentuhan dengan najis dan air kencing untuk tempoh yang lama di kawasan lampin.



"Kelenjar peluh bayi yang baru lahir masih belum terbentuk sepenuhnya untuk membolehkan mereka mengimbangi suhu badan sehingga menyebabkan ruam panas, terutamanya di bahagian yang terlipat.



"Ruam juga terjadi kerana kelembapan, air liur atau susu. Bahan kimia dalam sabun pencuci atau fabrik juga boleh merengsakan," terang Dr. Anna.



Kulit bayi baru lahir juga mudah kering dan ia jarang disedari oleh para ibu.



Satu kajian mendapati 60 peratus daripada bayi secara klinikalnya mempunyai kulit yang kering dan 90 peratus ibu pula tidak sedar masalah tersebut.



Menurut beliau, apabila umur kanak-kanak meningkat, dia akan meneroka dunia dan menyentuh setiap benda di sekelilingnya.



Ibu bapa kemudiannya akan mencuci tangan dan kaki bayi mereka dengan lebih kerap. Tetapi tindakan tersebut akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering yang mengganggu perlindungan dan menyebabkan jangkitan.



Adalah penting untuk ibu bapa memilih rumusan mandian yang lembut dan dirumus khas untuk keperluan kulit bayi.



Tanda Johnson's baby Clinically Proven Mildness pada produk mandian adalah jaminan komitmen untuk memberikan yang terbaik kepada bayi.



Tanda itu adalah simbol standard murni dan lembut yang dipercayai oleh ibu bapa dan pengamal kesihatan di seluruh dunia untuk mengekalkan kesihatan dan kelembapan kulit bayi.



Kepercayaan terhadap produk Johnson's baby terletak pada komitmennya dalam membangunkan formula yang sesuai dengan kulit bayi yang lembut .



Dengan teknik pengukuran dan penilaian klinikal oleh pakar, Johnson's baby mengkaji tahap sensitif kulit bayi baru lahir kepada bahan perengsa luar.



Malah mereka juga membandingkan kulit bayi dengan kulit orang dewasa untuk memahami keperluan khas masing-masing.



Hasilnya, Johnson's baby mampu memberikan pelbagai rangkaian produk mandian yang membersih secara lembut sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit bayi.



Untuk melanjutkan kesegaran dan keselesaan kulit bayi, sapukan bedak Johnson's baby selepas mandi.



Bedak ini mengurangkan kerengsaan akibat geseran antara kulit dan fabrik di samping aromanya yang segar.



Selain daripada rutin mandian biasa, Dr. Anna juga menggalakkan sesi mengurut selepas mandi dengan losen atau minyak bayi yang melembapkan.



"Losen atau minyak bayi boleh memerangkap kelembapan kulit bayi. Tambahan pula, mengurut membantu menenangkan bayi.



"Kesan yang menenangkan membantu si manja tidur lena sepanjang malam dan rasa segar.



"Melawat ahli keluarga atau melayani tetamu di rumah boleh memenatkan anda dan si manja.



"Mengurut adalah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan yang kukuh dan berkekalan," kata Dr. Anna.



Untuk meningkatkan komunikasi sentuhan ibu dan bayi, boleh bergantung pada minyak dan losen Johnson's baby.



Lembut dan mudah disapukan, Johnson's baby oil memerangkap sehingga 10 kali lebih kelembapan pada kulit basah berbanding losen biasa pada kulit kering.



Losennya pula mempunyai formulasi yang menyerap pantas serta kaya dengan pelembap yang melembut dan menyegarkan kulit bayi tanpa rasa melekit.





Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

No comments:

Post a Comment