Sunday, August 12, 2012

Boboiboy Jadi Maskot Kempen Hari Raya TV3


Sebahagian selebriti tanah air yang hadir pada majlis pelancaran kempen Terbaik Raya TV3 di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis lalu.

PETALING JAYA: TV3 memperkenalkan karakter animasi adiwira tempatan Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Aidilfitri tahun ini yang bertemakan Terbaik Raya.


Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, karakter animasi itu menjadi pilihan kerana popularitinya di kalangan penonton cilik pada hari ini.


“Sebagai kelainan bagi tahun ini, kita memperkenalkan karakter animasi Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Hari Raya di TV3 yang bertemakan Terbaik Raya.


“Boboiboy menjadi pilihan kerana ia popular dan menjadi ikon seisi keluarga. Sambutannya juga hebat apabila siri animasi itu mendapat kadar tontonan tertinggi di kalangan penonton berbilang kaum,” katanya pada pelancaran kempen Terbaik Raya TV3 di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis lalu.


Sherina berkata, karakter Boboiboy itu turut digunakan bagi tujuan pesanan khidmat masyarakat (PSA) berhubung keselamatan jalan raya dan peringatan kepada masyarakat mengenai pemanduan.


Sherina Nordin

“Selain pengenalan Boboiboy sebagai maskot dan PSA bagi Syawal ini, kami juga menawarkan siaran “streaming” secara langsung dengan percuma kepada penonton untuk 7 hari bermula 18 hingga 24 Ogos ini.


“Penonton berpeluang menonton pelbagai program menarik Hari Raya ini di mana saja dan pada bila-bila menerusi telefon pintar, tablet dan komputer,” katanya.


Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.


Ia turut dimeriahkan barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Tamimi Siregar, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad, Azma Aizal Yusoof, Sharifah Amani, Syafie Naswip, Taiyuddin Bakar, Normah Damanhuri dan Nor Albaniah.


Artis-artis yang menjayakan Bazar Terbaik Raya pada 9 dan 10 Ogos adalah Tasha Shilla, Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Karl Shafek, Nadia Mustafar, Fizo Omar, Shera Aiyob dan Danny (X-Factor).


Majlis sama turut meraikan 43 anak yatim dari Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong yang berumur 5 hingga 17 tahun.


Layari www.tv3.com.my/live atau tonton.com.my untuk menonton program-program menarik sempena Syawal ini.


Berikut adalah sebahagian program istimewa yang akan disiarkan di TV3:


Filem Terbaik


Mael Lambong, Jangan Pandang-pandang, RA One, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Hikayat Merong Mahawangsa, Apa Celop Raya dan Vanila Coklat Raya, minggu pertama Hari Raya, setiap pukul 9 malam


Hiburan Terbaik


Sampaikan Raya 2012, malam Raya, 11 malam


Melodi Raya, raya pertama & Kelapan, 12.30 t/ hari


Dialah Juara, raya pertama, 6 petang


Ziana, Amy & Erra, raya pertama, 11 malam


Bola Pun Raya, raya kedua, 11 malam


Irama, raya ketiga, 6 petang


Mentor Raya, raya kelapan, 9 malam


Dramedi/ Variasi Terbaik


Sebelum Raya, petang raya, 6 petang


Dua Dalam Satu, raya pertama, 11.30 pagi


48 Jam, raya kedua, 6 petang


Buletin Cinta, raya keenam, 9 malam


Telefilem Terbaik


From London with Almond, raya pertama, 4 petang


Nur Ramadan, raya kedua, 9.30 pagi


Muat Tak Muat, raya kedua, 4 petang


Fatihah Untuk Abah, raya ketiga, 9.30 pagi


Takbir Along Untuk Angah, raya ketiga, 4 petang


Di Bawah Langitmu, raya keempat, 4 petang


Sabar Tak Sabar, raya kelima, 4 petang


Perempuan Tanpa Rahim, raya ketujuh, 4 petang


Lepas Raya Harap Balas, raya ketujuh, 10 malam


Pelita Buluh Tok Wan, raya kelapan, 5 petang




Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

No comments:

Post a Comment