
BERBAJU kurung di pagi raya memang nampak manis apatah lagi jika yang mengenakannya si cilik yang comel. Untuk keselesaan pilihan baju kurung untuk si cilik lazim daripada fabrik benang kapas .
Berbanding fabrik yang dibuat daripada bahan sintetik, kain benang kapas sebenarnya memberikan kesan sejuk dan selesa pada si pemakai walaupun dalam cuaca panas.
Selain keindahan corak kain kapas yang pelbagai, ia juga tidak hanya tertumpu kepada satu corak sahaja seperti bunga-bungaan.
Malah ia boleh didapati dalam banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya.
Lazimnya kanak-kanak manis dengan corak bunga-bunga kecil. Bagaimanapun ia juga nampak cantik apabila digabungkan kedua-dua coraknya di mana baju bercorak bunga manakala kain bercorak jalur.
Tarikan lain ialah pilihan warna-warna kain yang terang dan ceria sekali gus membangkitkan kegembiraan di hati si pemakai.
Pada masa yang sama pelbagai potongan baju kurung boleh diperoleh seperti baju kurung pesak gantung, baju kurung Johor dan kurung moden.
Bagi jenama Drama Queen, tahun ini mereka menyediakan dua jenis baju kurung iaitu baju kurung pesak gantung dan juga baju kurung Johor.
Kedua-dua baju kurung ini diperbuat daripada kain kapas sutera dan juga kain kapas Jepun.
Apa yang menarik mengenai baju kurung jenama Drama Queen ini ialah mereka menggunakan fabrik benang kapas yang berkualiti, bertekstur lembut, ringan dan tahan.
Pada masa yang sama jenama ini turut memberi pilihan kepada si pemakai sama ada inginkan baju kurung kosong mahupun bermanik.
Dijual pada harga yang berpatutan, kedua-dua jenis baju kurung ini tidak mencecah RM100.
Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com
No comments:
Post a Comment