Sunday, August 12, 2012

Mesin kuih sepit



SIRI keempat ruangan Inovasi menampilkan mesin untuk membuat kuih sepit atau kapit. Seperti diketahui umum, kuih sepit terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan klasik.


Mesin kuih sepit ini ringkas dan mudah digunakan di samping dapat menjimatkan masa pengguna.


Setelah menjalankan beberapa sesi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan sebuah mesin seperti yang sedia ada ketika ini.


Mesin ini mempunyai dua model iaitu automatik dan separa automatik. Selain itu, pengguna juga boleh membuat pilihan untuk menggunakan bahan sama ada daripada mild steel ataupun keluli tahan karat.


Penggunaan bahan tahan karat memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan lebih bersih dan selamat. Ia terdiri daripada tujuh dapur dan 12 acuan kuih sepit yang disusun dalam bulatan. Melalui mesin ini, pengguna dapat menjimatkan kos.


Kos gaji pekerja boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian, mesin ini hanya memerlukan seorang atau dua orang pekerja sahaja.


Lebih menarik ia boleh ditempah mengikut keperluan dan kehendak pengguna.


Oleh itu ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia siap. Ia bergantung kepada pengguna.


Hal ini dapat membantu pengguna menempah mesin yang diperlukan mengikut modal, kemampuan spesifikasi yang di kehendaki.


Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066 dan faks 03-6091 4000.


Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.




Posted by R2blog. R2blog auto post for blogspot. Download at http://R2blogger.blogspot.com

No comments:

Post a Comment